Pengenalan

Industri Kecil dan Sederhana merupakan sejenis perindustrian yang bertaraf tempatan. Ia bertanggungjawab dalam membekalkan peralatan dan komponen kepada syarikat besar tempatan dan juga kepada syarikat multinasional di peringkat antarabangsa. Ia memainkan peranan sebagai tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara dan juga sebagai tapak untuk mengasah bakat keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang.

Terdapat pelbagai definisi yang diberi mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah pekerja yang diupah, saiz aset tetap,modal, jualan dan sebagainya. Sesebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukur dan pentafsiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendefinisikan Industri Kecil dan Sederhana sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah ekuiti tempatan dan jumlah aset pelaburan tetap yang tidak melebihi S$8 juta ( bagi sektor pengeluaran ) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang tidak melebihi 50 orang pekerja ( bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan ).

Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana ( Small and Medium Industries Development Corporation @ SMIDEC ). Menurutnya, IKS dalam sektor  perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS adalah :-
Menjadi teras kepada proses perindustrian negara
Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor  perindustrian
Meningkatkan daya saing Negara

Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dalam mencapai Wawasan 2020